Saturday, March 12, 2016
AYAM PANGGANG MADU
*AYAM PANGGANG MADU*
Bahan-bahan untuk 1/2 ekor ayam
1/2 ekor ayam dibersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
Garam
Gula melaka
lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap pekat
5 cm halia
4 sudu besar madu
Beberapa titik minyak bijan
Mentega/marjerin untuk sapuan
* Bahan perapan bergantung kepada citarasa masing-masing sekiranya ingin menambah sedikit kuantiti lagi untuk mendapatkan rasa yang lebih kaw!
Bahan untuk perapan awal:
5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam
Resepi Ayam Panggang Madu Roasted Sedap
Resepi Ayam Panggang Madu Roasted Sedap
Cara-cara memasak:
Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus kemudian lumurkan pada ayam bersama garam untuk perapan perasa awal.
Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, kiub pati dan minyak bijan. Gaul sehingga rata terutama di bahagian kulit dan isi ayam.
Perapkan ayam selama 1-2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
Panaskan ketuhar/oven pada suhu 200 darjah celcius dan bakar ayam selama 40 minit atau sehingga masak. Jangan biarkan ayam kering dan hilang jusnya.
Apabila masak, keluarkan ayam dan lumurkan dgn lebihan bahan perapan dan bakar ke dalam oven selama beberapa minit.
Keluarkan ayam sekali lagi, terbalikkan, lumurkan lagi lebihan bahan perapan pada bahagian yang bawah ayam tadi, dan bakar kembali untuk beberapa minit sehingga ayam bertukar warna keemasan dan berkilat.
Ayam panggang madu sedia dihidang untuk seisi keluarga.
Posted by Admin at 6:59 AM
Labels: Aneka Resep Bakar dan Panggang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment