Wednesday, January 27, 2016

AYAM PAPRIKA


AYAM PAPRIKA

Bahan-bahan:

3 ketul isi ayam - potong kecil-kecil
1/2 batang karot - potong nipis
bunga kobis - potong kecil
3 batang kacang panjang - potong 2 inci
1 biji bawang besar - potong baji
1 biji cili merah - potong serong
6 biji cili api siam - ketuk
3 helai daun limau purut - buang tulangnya
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih - cincang halus

Cara:

1. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
2. Masukkan ayam, gaul rata hingga ayam empuk.
3. Masukkan semua sos dan kicap. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih.
5. Masukkan karot, bawang besar, cili merah, cili api, kacang panjang dan daun limau purut. Kacau rata.
6. Maukkan garam, serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan bunga kobis. Masak hingga bunga kobis agak empuk. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments: