Wednesday, January 27, 2016
AYAM MASAK MERAH
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:
1 kg ayam (dibersihkan dan digoreng setengah masak)
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
4 biji cili api (untuk hiasan)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang serai (dititik)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 keping asam keping
1 biji tomato (dibelah 4)
1 mangkuk air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak tuk menumis (guna minyak goreng ayam)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
20 biji cili kering (direbus)
Sedikit air
Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga masak sampai naik bau, pastu angkatkan supaya rasa dia xterlalu kuat nnt.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan 1 mangkuk air masakkan sampai naik minyak dan agak kering serta cili betul2 masak.
3. Bila bahan kisar dah betul2 masak masukkan gula, garam, sos cili, sos tomato, asam keping dan juga serai yg dititik, kacau rata dan sesuai kan rasanya ok.
4. Bila semua rasa dah ok dan secukup rasa masukkan ayam, cili api (kalau ade kacang peas lg best), bawang mayang dan tomato kacau rata dan biarkan sekejap. Bila semua bahan dah disaluti tutup api dan siap tuk dihidangkan.
Posted by Admin at 9:57 PM
Labels: Aneka Resep Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment