Friday, January 29, 2016

AYAM MASAK KECAP BEREMPAH


AYAM MASAK KECAP BEREMPAH

Bahan kisar:

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia
1 batang serai

Bahan tumis:

1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai - dititik

Bahan lain:

3 biji kentang - di hiris dan digoreng
2 biji bawang besar - potong bulat
2 sdb kicap pekat
2 sdb rempah kari daging
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing.
3. Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam. jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air, didihkan.
4. Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris, biar kuah masak dan pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments: