Wednesday, January 27, 2016

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)-saya guna bahagian peha ayam je 2 ketul

Bahan perapan:

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam-kalau x ada boleh guna sos tiram dan serbuk lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam knorr
2 sudu besar gula pasir-saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran/mix herb mccormick-kalau x ada letak campuran dried parsley, oregano + basil
1 1/2 sudu teh garam halus
sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
sedikit mentega

Cara:

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 3 jam. Nak sedap perap semalaman.
3. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
4. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

0 comments: