Wednesday, January 27, 2016

AYAM MADU LADA HITAM



AYAM MADU LADA HITAM

Bahan-bahan:

Ayam 1/2 ekor
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap
2-3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Cara:

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Kemudian bahan kisar dicampurkan dengan sos tiram, kicap, sos lada hitam, madu, serbuk lada hitam dan garam.
3. Kalau rasa dah cukup rasa semua dah ok baru gaulkan dengan ayam.
4. Perap selama 1 jam atau lebih, kemudian boleh la dibakar dengan suhu 180'c selama 1 jam/hingga masak. Sos perap yang lebih saya masak dan bila dah pekat mariam lumur atas ayam bila ayam dah 3/4 masak. Selamat mencuba.

0 comments: