Wednesday, January 27, 2016

AYAM GORENG ALA KFC


AYAM GORENG ALA KFC

Bahan A perap:

1 ekor ayam di potong mengikut kesukaan anda
8 ulas bawang putih dan tumbuk
3 sudu besar serbuk cili (kalau anda mahukan extra pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
secubit serbuk perasa
Sedikit air untuk tujuan bahan-bahan rempah di atas senang di perap dan digaul hingga sebati bersama ayam

Bahan B salut:

3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda
1 sudu serbuk cili (mengikut citarasa anda)
1 biji telur-pukul telur secara berasingan

Cara:

1. Anda perlu perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan-bahan (A) di atas tadi.
2. Semua bahan-bahan (B) salut tepung digaul rata hingga ramuan tepung sebati selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur, Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan-bahan (B) iaitu bahan salut tepung dan diletakkan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan sehingga sebati.
3. Seterusnya yang terakhir sekali adalah goreng ayam yang telah disalut dengan tepung ke dalam periuk atau kuali dan biarkan ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Goreng 15 minit atau sehingga masak dan boleh dihidangkan.

0 comments: